Wednesday, June 29, 2011

Mari cuba resepi ni...

Resipi ni memang sedap...rugi kalau tak cuba...

PAI PISANG BADAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-
125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-
175 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong

Cara-Cara (Untuk Doh) :-
Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi. Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm. Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.


Untuk Filling :-
Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati. Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan. Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.


Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang...Enaaaakkk bangeett!


Resipi ini telah saya ambil daripada laman web http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
- Kak Ummi Kuantan

Monday, May 16, 2011

Cerita...

KISAH MAIN DAM...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis.
Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.
Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan...lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan nilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni..
Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..."
kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi.... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur...dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap....(sesiapa tak tahu main dam haji
tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli Samat
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...


Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan
----------------------------------------------------------------------------
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA
datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana
matahari!
Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Wednesday, April 20, 2011

Gulai Lemak Ketam

Bahan-Bahan:
3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api

1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara:

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya.
Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil.
Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup.
Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan.
Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan.
Jerangkan di atas api.
Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu.
Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.


Resipi ini diambil dari laman web : http://resepi.mesra.net/Detailed/2446.shtml
Sumber : Buku Pandai Memasak


Jom cuba masakan yang ini pulak....
memang sedap...