Friday, February 27, 2009

XPDC Ke Gunung Nuang...

Pada 20 hingga 23 Februari 2009, aku dengan beberapa rakan dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah mengadakan satu XPDC ke Gunung Nuang. XPDC ini adalah untuk membantu Maktab Jabatan Penjara Malaysia dalam penggunaan Radio Amatur.

Ini merupakan pendakianku bagi kali kedua. Sebelum ini aku telah mendaki Gunung Angsi itu pun pada tahun 2006. Dah lama tu...tak tahulah larat atau tidak nak mendaki Gunung Nuang ni pulak. Dari cakap-cakap rakan-rakan yang akan pergi...mendaki Gunung Nuang ni merupakan pendakian yang mencabar dari segi mental dan fizikal. Apa-apa pun kena cuba dulu...baru tahu kepayahannya.

Sunday, February 15, 2009

Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri pada 13 - 17 Februari 2009

Pada 10 hb Februari 2009....aku telah menerima sepucuk surat dari Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas di sana. Pada 13 hb Februari 2009 aku perlu melapor diri untuk menjalankan tugasku.

Pada 13 hingga 17 hb Februari ini, diadakan Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri. Dalam program ini beberapa orang pelajar akan dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur di peringkat Kebangsaan di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berkayak, flying fox, berbasikal dan orienteering.

Aku merupakan Jurulatih di situ dan telah berkhidmat selama tiga tahun. sepanjang tiga tahun aku bertugas di sini banyak kenangan dan pengalaman yang kuperolehi. di samping itu, aku juga memperolehi pelbagai kemahiran yang belom pernah aku perolehi sebelum ini. Aku berasa bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur.

Thursday, February 12, 2009

I Wrote Myself A Letter

I wrote myself a letter.
I mailed it right away.
And, sure enough, the carrier,
delivered it today.
I couldn't wait to get it.
I nearly had to shout.
I quickly tore the envelope
and pulled the letter out.
I anxiously unfolded it
but now I must concede,
I'm clueless as to what it says.
I haven't learned to read.


Kenn Nesbitt

Wednesday, February 11, 2009

Mesyuarat Kedua.....Taklimat Gotong Royong Dan Program 3K...

Pada 14 Februari 2009 yang lalu, sekolahku telah mengadakan gotong royong untuk mencantikkan lagi kawasan sekolah.

Memang seronok jugak aktiviti macam ni...bukan selalu.


Guru Besar pun turun padang.










Pokok-pokok bunga sumbangan dari DBKL...










Wednesday, February 4, 2009

4 Februari 2009...Mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Lembah Pantai...

Hari ini 4 Februari 2009 telah bertambah lagi satu tugasku. Aku telah diarahkan oleh GPK Kokurikulum untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Lembah Pantai di BKG Bangsar. Dalam mesyuarat ini aku telah dilantik menjadi Penolong Setiausaha dalam salah satu unit di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Lembah Pantai. Walau bagaimanapun, tugas tetap tugas...ia perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, dedikasi dan tanggungjawab.

Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Sekolah...


















Pada 23 Januari 2009 yang lalu SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan lagi sambutan ini.