Sunday, April 15, 2012

Cerita Teladan

Episod Free Gift!
Menjelang musim peryaan sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk berbelanja membeli barang keperluan membuat kuih-muih. suatu petang sewaktu si suami balik dari kerja, maka si isteri telah meminta suaminya ke supermarket  membeli barang-barang untuk membuat kuih-muih. selesai membeli barangan yang dipesan, si suami pun terus bergegas pulang.

Suami     :  "Sayang...abang dah balik, semua barang yang sayang pesan abang dah
                  belikan."

Si isteri pun mengeluarkan semua barang keperluan yang telah dibeli untuk memastikan semuanya mencukupi. tiba-tiba si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pada tin 'Planta' yang tidak diambil oleh suaminya.

Isteri     : "Abang... ni ada benda FREE, kenapa abang tak claim kat kaunter semasa
               membuat pembayaran tadi... abang kena pergi ke supermarket tu balik dan  
               minta benda FREE ni."

Suami    : "Sorrylah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, tak mengapa, abang akan
               pergi semula ke supermarket tu."

Si suami pun membawa tin 'Planta' untuk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yang tercatat pada tin 'Planta' tersebut. Bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dengan jurujual kerana jawapan yang diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dalam tin 'Planta' berkenaan dan pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket.

Pengurus   :  "Encik, kenapa encik marah-marah ni?"

Suami        :  "Syarikat kamu ni berniaga macam mana, ni tin 'Planta' ni kata ada barang
                     FREE kenapa kamu tidak beri barang FREE tu? Nah ni tin 'Planta' ni, cuba
                     kamu tengok."

Pengurus supermaket berkenaan mengambil dan membelek-belek tin 'Planta' berkenaan lalau berkata, "ohhh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang ada dalam tin 'Planta' ni."


Iktibar:
Setiap tindakan memerlukan maklumat yang sempurna. ketegangan dalam muamalah sesama insan banyak yang tercetus lantaran maklumat yang tidak jelas!

Sumber: Buku Kisah-Kisah Ceria Pengasah Akhlas Mulia (UPENA, UiTM, Shah Alam) 

Thursday, April 12, 2012

Jom cuba resipi ni pulak....

Sejak kebelakangan ni dessert Pavlova semakin menjadi sebutan ramai....tak ketinggalan rakan-rakan di office. semua sibuk bercerita mengenai dessert ni.


Resepi Pavlova
Sumber : http://ceritasyarafina.blogspot.com/2011/11/resipi-pavlova-tengok-sekali-rasa-nak.html

Bahan-bahan
3 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air perahan limau nipis atau lemon
1 sudu besar tepung jagung

Topping
1 cawan (240ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip

1. ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang termasuk dalam telur putih.

2. Sebelum digunakan, pastikan telur berada pada suhu bilik. Keluarkan awal-awal dari peti sejuk atau rendamkan telur dalam air biasa. Jangan gunakan telur yang masih sejuk. Kalau telur masih sejuk ia tak akan menjadi.

3. Pastikan semua peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak.

Cara membuat meringue

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2. Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat.

3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat.

4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati.

5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sampai sebati.

6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon. Gaulkan menggunakan senduk kayu.

7. Bentukkan meringue menjadi bulatan di atas kertas minyak.

Untuk membakar

1. Panaskan oven pada suhu 150'C 15 minit lebih awal.

2. Masukkan meringue tadi ke dalam oven. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Bakar selama 1 jam. Kalau nak selamat, sentiasa tengok oven.

Bakar sehingga warna meringue bertukar menjadi perang muda. Matikan oven.
Jangan terus keluarkan meringue dari oven. Biarkan pintu oven terbuka. Biarkan meringue tu sejuk secara perlahan-lahan dalam oven. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng...


Cara membuat topping

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanilla.

3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Bila hendak menghias baru keluarkan. Hias dengan buah-buahan segar yang telah dipotong.