Sunday, April 15, 2012

Cerita Teladan

Episod Free Gift!
Menjelang musim peryaan sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk berbelanja membeli barang keperluan membuat kuih-muih. suatu petang sewaktu si suami balik dari kerja, maka si isteri telah meminta suaminya ke supermarket  membeli barang-barang untuk membuat kuih-muih. selesai membeli barangan yang dipesan, si suami pun terus bergegas pulang.

Suami     :  "Sayang...abang dah balik, semua barang yang sayang pesan abang dah
                  belikan."

Si isteri pun mengeluarkan semua barang keperluan yang telah dibeli untuk memastikan semuanya mencukupi. tiba-tiba si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pada tin 'Planta' yang tidak diambil oleh suaminya.

Isteri     : "Abang... ni ada benda FREE, kenapa abang tak claim kat kaunter semasa
               membuat pembayaran tadi... abang kena pergi ke supermarket tu balik dan  
               minta benda FREE ni."

Suami    : "Sorrylah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, tak mengapa, abang akan
               pergi semula ke supermarket tu."

Si suami pun membawa tin 'Planta' untuk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yang tercatat pada tin 'Planta' tersebut. Bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dengan jurujual kerana jawapan yang diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dalam tin 'Planta' berkenaan dan pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket.

Pengurus   :  "Encik, kenapa encik marah-marah ni?"

Suami        :  "Syarikat kamu ni berniaga macam mana, ni tin 'Planta' ni kata ada barang
                     FREE kenapa kamu tidak beri barang FREE tu? Nah ni tin 'Planta' ni, cuba
                     kamu tengok."

Pengurus supermaket berkenaan mengambil dan membelek-belek tin 'Planta' berkenaan lalau berkata, "ohhh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang ada dalam tin 'Planta' ni."


Iktibar:
Setiap tindakan memerlukan maklumat yang sempurna. ketegangan dalam muamalah sesama insan banyak yang tercetus lantaran maklumat yang tidak jelas!

Sumber: Buku Kisah-Kisah Ceria Pengasah Akhlas Mulia (UPENA, UiTM, Shah Alam) 

No comments: