Monday, March 17, 2008

Orienteering

Definasi

  1. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.
  2. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
  3. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
  4. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt).
  5. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Jenis-jenis Orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan PersekutuanOrienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O.

Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event

Kebaikan sukan orienteering

  • Sukan untuk semua
  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpuan
  • Memberi cabaran dan keseronokan
  • Membina sikap positif dan keyakinan diri
  • Menggunakan persekitaran yang sihat
  • Meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas
  • Memupuk sifat keberanian dan ketenangan dalam keadaan cemas

Sumber: Nota Kursus Orienteering Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

Marilah cuba resipi ini.......

Easy Custard Caramel

Bahan-Bahan:
Untuk caramel:
4 senduk gula
2 senduk air

Untuk custard:
1 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu penuh tepung kastad
1 tin air ( ikut tin susu yg digunakan )


Cara :
Cara membuat caramel:

Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana hingga gula menjadi pekat kuning keperangan. Tutup api dan tuang caramel ke dalam loyang pengukus.

Cara membuat custard:
Campurkan kesemua bahan susu, telur tepung kastad dan air ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati ( 2-3 minit). Tuang bahan kastad ke atas caramel yang telah dimasukkan dalam loyang pengukus tadi. Kukus hingga masak ( 30 - 40 minit ). Setelah masak sejukkan sebentar dan diterbalikkan dengan berhati-hati ke dalam piring.

Sunday, March 16, 2008

Marilah cuba resipi ini...

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:
2 cawan gula halus
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega

Cara :
Panaskan gula halus hingga menjadi hangus. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan. Masukkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.
Hi...Welcome to my world...