Sunday, February 15, 2009

Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri pada 13 - 17 Februari 2009

Pada 10 hb Februari 2009....aku telah menerima sepucuk surat dari Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas di sana. Pada 13 hb Februari 2009 aku perlu melapor diri untuk menjalankan tugasku.

Pada 13 hingga 17 hb Februari ini, diadakan Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri. Dalam program ini beberapa orang pelajar akan dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur di peringkat Kebangsaan di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berkayak, flying fox, berbasikal dan orienteering.

Aku merupakan Jurulatih di situ dan telah berkhidmat selama tiga tahun. sepanjang tiga tahun aku bertugas di sini banyak kenangan dan pengalaman yang kuperolehi. di samping itu, aku juga memperolehi pelbagai kemahiran yang belom pernah aku perolehi sebelum ini. Aku berasa bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur.

No comments: