Monday, March 2, 2009

XPDC Gunung Nuang...Part 5

Inilah hari yang dinantikan...kami berlima...Giant, Azeem, Yazid, Aku dan Ros memulakan perjalanan untuk menawan Gunung Nuang. Kami semua memulakan pendakian pada jam 5 pagi...sejuk betul...










Sejukkkknyeeee.......



Dah sampai pun kat Puncak Pengasih....sejuk betul cuaca kat sini rasa macam musim sejuk lak...


Yazid dan Azeem...


Rehat jap...penatlah.....mana Yazid dan Azeem ni lambat lak dia orang ni....


Sempat lagi berposing kat signboard Kem Pacat....

Puncak Gunung Nuang belom sampai lagi....lepas ni baru Puncak Pengasih...


Pada jam 6.45 pagi kami tiba di Kem Pacat...di sinilah kami menjalankan ibadah solat subuh...ambil air sembahyang tak guna air guna debu tanah je....sempat lagi berposing ni....

XPDC Gunung Nuang...Part 4

Polie, Yazid, Budi dan Giant...

XPDC Gunung Nuang Part 3...Kem Lolo

Inilah makanan yang dibawa....macam nak tinggal seminggu kat Kem Lolo...
Sedang menyediakan makanan malam...

Tengah tolong Mike Fox pasang antena radio amatur...

Mike Fox tengah memeriksa antena radio amatur yang dibawa...


Polie dan Ros tengah cuba nyalakan api...

Baru sampai kat Kem Lolo...

XPDC Gunung Nuang Part 2

Apa macam ada gaya tak nak mendaki....
Bersedia untuk memulakan pendakian ke Kem Lolo...



Yazid


Polie dan Azmi




Aku dan Ros...

XPDC Gunung Nuang Part 1

Sedapnye.....ABC dan Mee Hoon Sup...
Berhenti untuk makan...




Friday, February 27, 2009

XPDC Ke Gunung Nuang...

Pada 20 hingga 23 Februari 2009, aku dengan beberapa rakan dari Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah mengadakan satu XPDC ke Gunung Nuang. XPDC ini adalah untuk membantu Maktab Jabatan Penjara Malaysia dalam penggunaan Radio Amatur.

Ini merupakan pendakianku bagi kali kedua. Sebelum ini aku telah mendaki Gunung Angsi itu pun pada tahun 2006. Dah lama tu...tak tahulah larat atau tidak nak mendaki Gunung Nuang ni pulak. Dari cakap-cakap rakan-rakan yang akan pergi...mendaki Gunung Nuang ni merupakan pendakian yang mencabar dari segi mental dan fizikal. Apa-apa pun kena cuba dulu...baru tahu kepayahannya.

Sunday, February 15, 2009

Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri pada 13 - 17 Februari 2009

Pada 10 hb Februari 2009....aku telah menerima sepucuk surat dari Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas di sana. Pada 13 hb Februari 2009 aku perlu melapor diri untuk menjalankan tugasku.

Pada 13 hingga 17 hb Februari ini, diadakan Program Pendidikan Luar Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Negeri. Dalam program ini beberapa orang pelajar akan dipilih untuk mewakili Kuala Lumpur di peringkat Kebangsaan di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berkayak, flying fox, berbasikal dan orienteering.

Aku merupakan Jurulatih di situ dan telah berkhidmat selama tiga tahun. sepanjang tiga tahun aku bertugas di sini banyak kenangan dan pengalaman yang kuperolehi. di samping itu, aku juga memperolehi pelbagai kemahiran yang belom pernah aku perolehi sebelum ini. Aku berasa bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Kokurikulum Negeri Kuala Lumpur.