Wednesday, May 22, 2013

Sumber Makanan..

Tips dan Info
Sumber : Buku Resepi
https://www.facebook.com/bukuresepi?hc_location=stream

Tahukah anda setiap makanan & minuman yang kita ambil mengandungi kalori. Dan kalori itulah yang akan menjadikan badan kita kekal, semakin gemuk @ semakin kurus.

Saya bagi contoh, jika seseorang yang mempunyai berat 83kg dan tinggi 172 cm maka keperluan kalori seharian yang diperlukan adalah lebih kurang 2200kcal.
...

Jadi sekiranya orang ini mengambil makanan dalam masa sehari kurang daripada 2200kcal maka ia akan mengalami penyusutan berat badan.

jika nak diet, anda hanya perlu kira kalori dalam makanan yang anda ambil:

♥♥ HOT TIPS & INFO ♥♥

Tahukah anda setiap makanan & minuman yang kita ambil mengandungi kalori. Dan kalori itulah yang akan menjadikan badan kita kekal, semakin gemuk @ semakin kurus. 

Saya bagi contoh, jika seseorang yang mempunyai berat 83kg dan tinggi 172 cm maka keperluan kalori seharian yang diperlukan adalah lebih kurang 2200kcal.

Jadi sekiranya orang ini mengambil makanan dalam masa sehari kurang daripada 2200kcal maka ia akan mengalami penyusutan berat badan.

jika nak diet, anda hanya perlu kira kalori dalam makanan yang anda ambil:-)
 


Sunday, October 14, 2012

Tabiat masa zaman kanak-kanak...

Hari ni seperti hari-hari biasa..bangun tidur je terus tangan mencapai handphone Samsung Galaxy Note. Apa lagi tengok FB lah..macam dah jadi rutine harian lah pulak. Masa surve FB mata tertarik dengan entry dari Persatuan Bangsa Johor...

1. buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
    lain, beratur ambil air lagi.
5. lukis burung guna huruf 'v'.
6. lukis matahari di pe
njuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

 
 (Sumber: Persatan Bangsa Johor : Facebook)
 
 
Bila baca entry ni tergelak sorang-sorang sebab semua yang disenaraikan tu memang selalu buat masa zaman kanak-kanak dulu...


Sunday, April 15, 2012

Cerita Teladan

Episod Free Gift!
Menjelang musim peryaan sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan suami isteri untuk berbelanja membeli barang keperluan membuat kuih-muih. suatu petang sewaktu si suami balik dari kerja, maka si isteri telah meminta suaminya ke supermarket  membeli barang-barang untuk membuat kuih-muih. selesai membeli barangan yang dipesan, si suami pun terus bergegas pulang.

Suami     :  "Sayang...abang dah balik, semua barang yang sayang pesan abang dah
                  belikan."

Si isteri pun mengeluarkan semua barang keperluan yang telah dibeli untuk memastikan semuanya mencukupi. tiba-tiba si isteri dapat mengesan ada perkataan FREE tertulis pada tin 'Planta' yang tidak diambil oleh suaminya.

Isteri     : "Abang... ni ada benda FREE, kenapa abang tak claim kat kaunter semasa
               membuat pembayaran tadi... abang kena pergi ke supermarket tu balik dan  
               minta benda FREE ni."

Suami    : "Sorrylah sayang, abang tak nampak benda tu tadi, tak mengapa, abang akan
               pergi semula ke supermarket tu."

Si suami pun membawa tin 'Planta' untuk berjumpa semula dengan jurujual dan claim benda FREE yang tercatat pada tin 'Planta' tersebut. Bagaimanapun berlaku pertengkaran antara si suami dengan jurujual kerana jawapan yang diberikan oleh jurujual ialah barang FREE itu sudah ada dalam tin 'Planta' berkenaan dan pertengkaran ini telah menarik perhatian pengurus supermarket.

Pengurus   :  "Encik, kenapa encik marah-marah ni?"

Suami        :  "Syarikat kamu ni berniaga macam mana, ni tin 'Planta' ni kata ada barang
                     FREE kenapa kamu tidak beri barang FREE tu? Nah ni tin 'Planta' ni, cuba
                     kamu tengok."

Pengurus supermaket berkenaan mengambil dan membelek-belek tin 'Planta' berkenaan lalau berkata, "ohhh...betullah kata jurujual saya encik, CHOLESTEROL FREE ni memang ada dalam tin 'Planta' ni."


Iktibar:
Setiap tindakan memerlukan maklumat yang sempurna. ketegangan dalam muamalah sesama insan banyak yang tercetus lantaran maklumat yang tidak jelas!

Sumber: Buku Kisah-Kisah Ceria Pengasah Akhlas Mulia (UPENA, UiTM, Shah Alam) 

Thursday, April 12, 2012

Jom cuba resipi ni pulak....

Sejak kebelakangan ni dessert Pavlova semakin menjadi sebutan ramai....tak ketinggalan rakan-rakan di office. semua sibuk bercerita mengenai dessert ni.


Resepi Pavlova
Sumber : http://ceritasyarafina.blogspot.com/2011/11/resipi-pavlova-tengok-sekali-rasa-nak.html

Bahan-bahan
3 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air perahan limau nipis atau lemon
1 sudu besar tepung jagung

Topping
1 cawan (240ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip

1. ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang termasuk dalam telur putih.

2. Sebelum digunakan, pastikan telur berada pada suhu bilik. Keluarkan awal-awal dari peti sejuk atau rendamkan telur dalam air biasa. Jangan gunakan telur yang masih sejuk. Kalau telur masih sejuk ia tak akan menjadi.

3. Pastikan semua peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air dan kesan minyak.

Cara membuat meringue

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2. Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat.

3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat.

4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati.

5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sampai sebati.

6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon. Gaulkan menggunakan senduk kayu.

7. Bentukkan meringue menjadi bulatan di atas kertas minyak.

Untuk membakar

1. Panaskan oven pada suhu 150'C 15 minit lebih awal.

2. Masukkan meringue tadi ke dalam oven. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Bakar selama 1 jam. Kalau nak selamat, sentiasa tengok oven.

Bakar sehingga warna meringue bertukar menjadi perang muda. Matikan oven.
Jangan terus keluarkan meringue dari oven. Biarkan pintu oven terbuka. Biarkan meringue tu sejuk secara perlahan-lahan dalam oven. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng...


Cara membuat topping

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanilla.

3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Bila hendak menghias baru keluarkan. Hias dengan buah-buahan segar yang telah dipotong.

Sunday, March 18, 2012

Jom cuba resepi ni pulak....

Resepi ni saya ambil dari blog http://iresepi.blogspot.com/#axzz1pTYPNdEH

Resepi Stew Yee Mi

 Bahan:

1 ketul Yee Mi
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 ekor udang
2 ekor sotong dihiris tebal
1 keping fishcake
20 gm sawi dihiris
20 gm kubis- dihiris
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Air
Garam secukup rasa

 Cara membuatnya:
- Tumiskan bawang putih bersama sos tiram.
- Setelah naik bau, masukkan sedikit air.
- Apabila agak mendidih, masukkan Yee Mi bersama sotong,udang dan fishcake.
- Biarkan seketika sebelum memasukkan kubis dan sawi.
- Warnakan dengan kicap pekat serta perasa dengan garam secukup rasa dan kacau 
  biar sebati
- siap untuk di nikmati...


Resepi Stew Yee Mi

Monday, February 13, 2012

Jom cuba resepi ni pulak...

Hari ini nak mencuba resepi yang diambil dari blog http://hanamemories.blogspot.com. Resepi Meatballs Spaghetti memang senang untuk dibuat...tengok sajalah gambar yang diambil oleh tuan punya resepi sungguh menyelerakan. Jom cuba...




Bahan-bahan
Homemade Meatball
  • 200g daging cincang
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk bwg putih@halia - jika tiada parut seulas bwg putih dan halia - optional
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
Bahan Sos/Kuah
  • spagetthi - rebus mengikut arahan peket dgn sedikit myk dan toskan
  • 100g daging cincang
  • 250g sos pasta@spaghetti - campuran carrot+cendawan
  • 3-4 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 2 sudu besar sos chili - optional
  • garam dan sedikit air
  • minyak zaitun
  • daun parsley dan parmesan cheese - optional

Cara-cara
  • Untuk membuat meatballs. Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat-bulatkan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Meatballs boleh juga di bakar suhu 180 atau di goreng dengan minyak yang sedikit sehingga masak.
  • Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging cincang dan biarkan sebentar sehingga daging berubah warna.
  • Masukkan tomato yg dipotong dadu dan tomato puree.masak hingga tomato hancur.
  • Masukkan pula sos tomato,cili dan juga sos pasta@spagetthi.
  • Masukkan air sedikit dan perasakan dengan sedikit garam. Masukkan meatballs dan didihkan.
  • Hidangkan sos bersama spagetthi dan taburkan dengan daun parsley dan parutan keju parmesan jika suka.

Friday, January 27, 2012

Selamat Tahun Baru 2012.....

Salam semua,

Alhamdulillah syukur dapat menulis blog lagi bagi tahun baru ini...dan ini adalah post pertamaku untuk tahun 2012. Insyaallah tahun ini aku akan terus rajin menulis blog. Hari ini sudah 27 hari kita berada di tahun 2012. Emmm...apa azam tahun baru korang yek? ermmm aku dah malas nak berazam tahun baru ni sebab azam aku tak pernah aku nak buat. Kalau buat pun ikut mood je...hehehe. So tahun ni tak yah nak berazam apa-apa cuma berazam nak buat yang terbaik dan jadi orang yang lebih baik dari sebelumnye. Aku berharap tahun 2012 Allah murahkan rezekiku dan diberkati selalu. Insya Allah...

Ok lah sampai stop di sini dulu dan diharap tahun 2012 akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi yang sudah berazam tahun baru tu harap korang semua berjayalah menyempurnakan azam korang tu nanti ye..

Lyana...
2012

Wednesday, June 29, 2011

Mari cuba resepi ni...

Resipi ni memang sedap...rugi kalau tak cuba...

PAI PISANG BADAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-
125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-
175 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong

Cara-Cara (Untuk Doh) :-
Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi. Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm. Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.


Untuk Filling :-
Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati. Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan. Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.


Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang...Enaaaakkk bangeett!


Resipi ini telah saya ambil daripada laman web http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
- Kak Ummi Kuantan

Monday, May 16, 2011

Cerita...

KISAH MAIN DAM...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan.
Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis.
Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'
Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.
Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan...lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan nilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni..
Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...
Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat..
"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..."
kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi.... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...
Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur...dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap....(sesiapa tak tahu main dam haji
tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...
Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" perli Samat
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....
Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...


Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan
----------------------------------------------------------------------------
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA
datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana
matahari!
Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."

Wednesday, April 20, 2011

Gulai Lemak Ketam

Bahan-Bahan:
3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api

1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara:

Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya.
Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil.
Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup.
Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan.
Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan.
Jerangkan di atas api.
Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu.
Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.


Resipi ini diambil dari laman web : http://resepi.mesra.net/Detailed/2446.shtml
Sumber : Buku Pandai Memasak


Jom cuba masakan yang ini pulak....
memang sedap...

Friday, September 3, 2010

Cerita disebalik semangat membuat kuih raya...

Barang untuk membuat kuih raya dah siap dibeli..sedang menunggu hari yang sesuai untuk membuat kuih raya je ni. Tak sabar rasanya nak buat kuih raya. Kuih tart nanas dan conflakes madu selalu menjadi pilihan untuk dibuat. Athyrah (anak perempuanku) pun dah tak sabar nak tolong buat kuih raya...heheheh baru umur 6 tahun tu.....muskil-muskil......

Kuih tart nanas dah siap buat......macam macam hal masa nak buat kuih ni...oven pulak buat hal...tak nak menyala lah pulak so beli je lah yang baru....first time guna oven yang baru ni hangus pulak kuih tart ni......

My new oven...


Semangat Kemerdekaan...

Hari ni 26 Ogos 2010....budak budak kat office aku ni sibuk dengan aktiviti menghias office dengan bendera Malaysia. Ada jugak yang asyik buka lagu patriotik bersemangat betul diaorang ni... Sebenarnya sejak semalam lagi dah mula menghias tapi hari ni yang paling rancak sekali sampai sanggup pergi ke Cyberjaya untuk ambil bendera percuma.


Thursday, August 26, 2010

Kembali Semula...


Sudah setahun tak menjengok ke blog ini. Sudah tentu banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama. Tarikh 17 Julai 2010 yang lalu sudah genaplah setahun aku bertugas di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terasa begitu banyak perubahan dari segi skop kerja dan juga cara mengendalikan kerja di sini. Walaupun sebelum ini aku pernah bertugas di Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumlah sudah lapan tahun bertugas sebagai seorang guru banyak yang dah tak ingat.










Bersama Pn. Zainon bt. Zainal Abidin
Ketua Sektor
Sektor Operasi Dasar, Penilaian Dan Kajian


Seronok bekerja di Bahagian ni, rakan-rakan sekerja banyak membantu. Ketua Unit Kajian, Dr. Norzah bt Abd Ghani banyak membantu aku sejak dari mula hingga sekarang. Sungguh selesa dan seronok bekerja dengan beliau. Kerja yang susah menjadi senang dan mudah dilakukan. Kadang-kadang tu dia risau kalau aku tidak selesa bekerja di sini...insya allah itu semua akan aku cuba atasi...adat lah bekerja di tempat baru banyak perkara perlu dipelajari dan difahami. Perkara yang baik diikuti dan yang tidak baik hendaklah dijadikan pengajaran supaya boleh menjadi yang terbaik.

Ruang Pejabat

Bilik Mesyuarat Bestari, KPM

Wednesday, August 11, 2010

To know Malaysia, is to love Malaysia

People smiling everywhere
Showing you how much they care...

song of 1 Malaysia created by Nik Nizam and Errie Naham and lyric by Lokman Ghani.
The lyric for this song is as below.

Satu Malaysia


Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan


Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia


Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia


Satu Malaysia untuk semua

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Ramadhan recipe



A glass of care
A plate of love
A spoon of peace
A fork of truth &
A bowl of doa
Mix with spices of Quran…..


Tiada hari seindah jumaat
Tiada kata seindah zikir
Tiada ibadah seindah solat
Tiada bulan seindah ramadhan….




Satu hari lagi nafas ini jadi tasbih
Satu hari lagi tidur ini jadi ibadah
Satu hari lagi doa-doa ini di ijabah
Satu hari lagi pahala ini dilipat ganda
Tapi itu semua tidak akan jadi tanpa maaf tulus daripada mu


May this ramadhan be a month of blessings
A month full of forgivenesses & guidances for You and your family
May Allah’s devine be with you in all your endeavors







Friday, July 16, 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS PART 2

Objektif

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.

Meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.

Menyediakan peluang untuk mengambangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.

Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.


Fungsi Utama

Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan sertas selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.


Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pendidikan khas.


Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.


Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas.


Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah Bahagian Pendidikan Khas.


Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras pendidikan khas dalam dan luar negara.


Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,


"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "


Visi
Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan


Misi
Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:-sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistikperkembangan potensi diri, ketahap optimumkeupayaan berdaya saing dan kebolehpasarannilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawabdanperkongsian pintar dengan pelbagai pihak

Friday, October 16, 2009

Kenangan Di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur

Penglibatan sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulum bermula dari tahun 2007 hingga sekarang.......
memang menyeronokkan dapat lah melepaskan rasa tension semasa berada di sekolah.....
Di samping tu dapat juga menambah pengalaman dan menimba ilmu pengetahun yang baru yang tidak dapat dipelajari di sekolah.......












Wednesday, October 7, 2009

Percutian Di Kuantan, Pahang Part 2












Jalan-jalan cari makan.......di samping tempat yang menarik untuk dilawati terdapat juga banyak medan selera untuk menikmati pelbagai juadah yang cukup enak........

Tuesday, June 23, 2009

Percutian Di Kuantan, Pahang Part 1


















Memang seronok kalau dapat pergi bercuti terutama sekali anak-anak..... Di samping bercuti dapat menambah pengetahuan kepada anak-anak mengenai tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Walaupun telah diajar di sekolah, melihat dikaca tv dan mendengar dicorong radio adalah amat penting untuk mereka menikmatinya dan menghayatinya sendiri keindahan alam sekitar ciptaan Allah ini. Secara tidak langsung dapat mendidik mereka menghargainya......